NOTA : Catatan perjalanan di dalam DIARI-JWJ2 ini sedang di update dari masa ke semasa. Segala maklumat dan Foto amat dihargai, sila hantarkan ke email: ponpakya@gmail.com. Terima kasih atas sokongan dan kerjasama rakan2 JWJ2 sekelian.

Wednesday, June 8, 2011

Cambodia

POIPET

30 Mei 2011, Isnin - Kesemua konvoi telah melepasi 'gate' sempadan Cambodia pada jam 10.30 pagi waktu tempatan dan kelihatan wajah-wajah tersenyum pada ahli anggota apabila tiba di sini. Mereka sedikit sibuk ke sana ke mari cuba untuk menbeli kad 'prepaid' telefon cambodia dan bertukar matawang.

Pintu masuk ke Cambodia di Poipet

Pemeriksaan kenderaan di sempadan

Seterusnya kesemua 10 pancuan 4 roda konvoi JWJ2 meneruskan perjalanan ke Siam Reap untuk melawat tapak warisan sejarah 'Angkor Wat' dan mula untuk melihat kehidupan warga Cambodia khususnya orang-orang Melayu Champa yang masih ramai (dianggarkan 700 ribu orang) terdapat di bumi ini.

Suasana kampung Melayu di Cambodia

Lagi sekali di Siem Reap konvoi kami menghadapi masalah kenderaan apabila bergerak hampir 170 km dari sempadan Thai/Cambodia. Selepas makan tengahari di sebuah restoran D'Wau milik orang Champa dan dalam perjalanan ke Angkor Wat, kenderaan BAT02 telah mengalami kerosakan yang agak serious.

Selera sungguh makan di restoran ini

Konvoi terpaksa berpecah kepada dua kumpulan, 8 kenderaan meneruskan perjalanan ke Angkor Wat dan kemudian terus ke Kampung Semboa yang terletak di dalam wilayah Kampong Champa. Dua buah kenderaan lagi terpaksa bermalam di Siem Reap untuk kerja-kerja perbaikan kenderaan yang rosak. Anggota seramai 5 orang yang tertinggal telah bermalam di sebuah hotel milik orang Melayu Muslim Champa yang terletak di tengah bandar Siem Reap.

Bergambar di Angkor Watt

Melawat ke Angkor Thom

KAMPONG SEMBOA

31 Mei 2011, Selasa - Satu peristiwa dan pengelaman yang amat sayu bagi setiap anggota JWJ2 ini apabila tiba di kawasan sekolah Agama di Kampong Semboa ini dan ada beberapa anggota tidak dapat menahan sebak di dada sehingga menitis air mata apabila tiba kerana seramai hampir 600 orang pelajar sekolah ini telah berbaris kiri dan kanan jalan-jalan kampung untuk menyambut kehadiran kenderaan konvoi sambil menghulur tangan mereka bersalaman.

Konvoi di sambut oleh para pelajar

Rakan-rakan konvoi disambut sebegitu rupa bagai menyambut rombongan yang penting dalam hidup pelajar-pelajar tersebut. Rakan-rakan konvoi terasa tersentuh hati dan perasaan serba keliru setelah perjalanan hampir 12 jam dan sejauh lebih 300 km dari Siem Reap ke kampung ini dan ketibaan konvoi jam 8 pagi melalui 10 km jalan off-road untuk ke sekolah, disambut sebegini cara.

Terasa lapar sangat kerana semalaman tidak makan

Pengalaman hidup di kampung zaman dulu-dulu seperti dalam era 70an telah dilalui oleh para anggota konvoi, makan berhidang, duduk bersila dan mandi di telaga bagai satu pesta membuat anggota JWJ2 ini terasa cukup seronok dan terasa penat dalam perjalanan semalaman telah hilang serta merta.

Seronoknya mandi air telaga

Anggota konvoi mengambil kesempatan juga bermesra dengan orang kampung, pelajar dan anak-anak di kampung ini dalam memperkenalkan bahasa Melayu dengan permainan mengira dan sebagai ganjaran mereka diberi upah biskut empat segi.


Mari mengira dalam bahasa Melayu, satu...dua...tiga...empat

sesiapa turut mengira, maka biskut dia akan dapat

Setelah konvoi JWJ2 selesai mengadakan pelbagai aktiviti bersama penuntut sekolah Agama berserta juga penduduk kampung. Persembahan kompang, silat dan marhaban merupakan hidangan dari anggota JWJ2 dan persembahan nasyid pula dari pelajar2 dari kampong Semboa.


Pasukan kompang JWJ2

Persembanhan silat dari JWJ2

Marhaban dar anggota konvoi

Pembacaan wakitah Jejak Warisan Jawi

Bacaan dari wakil Sekolah Agama Amanullah

Selain itu anggota konvoi sempat mengadakan perlawanan persahabatan bola sepak dan sepak raga dengan pelajar2 di sini dan sudah tentulah pasukan konvoi dikalahkan dalam perlawanan bola sepak oleh anak2 muda yang cergas lagi bertenaga.


Bermain sepak raga dengan pelajar dan orang kampung

Dua pasukan bertarung, pasukan JWJ2 tewas 2-1 dengan pasukan Semboa

Konvoi mula bergerak dari kampong itu setelah selasai makan bersama pada tengahari yang turut disertai oleh Datuk Amanullah, seorang dermawan dari Malaysia yang membangun sekolah ini kira2 10 tahun yang lalu.


Datuk Amanullah yang banyak membantu membina sekolah ini

Merakam wajah-wajah Melayu di kampung ini

Anggota konvoi meninggalkan kampung Semboa ini dengan penuh kenangan setelah menghayati suasana kampung yang tersimpan sejuta kisah suka duka serta di wajah-wajah penghuninya terbuku sejernih harapan di dalam dada mereka.


Wajah desa serta para penghuni Kg Semboa

Lokasi seterusnya ialah ke Kampong Jumnik di dalam wilayah yang sama, Kampong Cham, Cambodia.

KAMPONG JUMNIK


Konvoi tiba di mesjid Kampong Jumnik pada hampir jam 7.00 malam dan iman serta penduduk kampung sudah sedia menunggu konvoi JWJ2 walaupun hampir 4 jam kelewatan. Konvoi tidak menduga sama sekali bahawa perjalanan di Cambodia ini memerlukan masa yang panjang walaupun jarak antara sesuatu tempat tidaklah bergitu jauh.

Sambutan meriah oleh penduduk walaupun konvoi tiba pada waktu malam

Sebenarnya pemanduan di jalanraya di Cambodia memerlukan perhatian yang tinggi kerana pelbagai kenderaan di jalanan termasuk basikal, kereta lembu, kereta kuda dan jentera kabota menggunakan jalanraya yang sempit bersama.

Kereta kuda sebagai kenderaan orang kampung

Rakan konvoi kami seramai 5 orang dengan 2 buah kenderaan yang terpisah semalan turut tiba pada malam yang sama kira2 jam 8.00 malam. Konvoi kedua itu telah dapat selesaikan masalah kenderaan BAT02 dengan bantuan sepenuhnya oleh pemilik hotel Melayu Champa di Siem Reap.

Di Kampung Jumnik para anggota konvoi telah disediakan rumah-rumah kampung untuk bermalam bersama keluarga Melayu Cham. Malah makanan malam sudah turut disediakan, masakan Melayu Cham dengan hidangan sup ikan hasil tangkapan dari sungai Mekong yang terletak hanya 100 meter di hadapan mesjid Kampong Jumnik ini.

Memang sedap masakan Melayu

Rumah tempat konvoi menginap

Satu perkara yang menyeronok para anggota konvoi ialah para tuan rumah kesemuanya masih boleh bertutur dalam bahasa Melayu. Ini mungkin kerana mereka terdiri dari jenerasi tua, akan tetapi anak-anak muda hanya sekadar boleh bertutur bahasa Cham selain bahasa rasmi negara dalam bahasa Cambodia.


Bahan bacaan sejarah yang terdapat di salah sebuah rumah

Pada jam 1.00 pagi, majlis penyembelihan 2 ekor lembu dijalankan oleh penduduk kampong, hasil sumbangan rakyat Malaysia melalui program aqiqah anjuran JWJ2. Hanya sebahagian anggota sahaja yang turut serta dan sebahagiannya sudah nyenyak tidur kerana terlalu letih dalam perjalanan malam sebelumnya, perjalanan dari Siem Riep di waktu malam tanpa tidur.


1hb Jun 2011 – Pagi2 lagi anggota konvoi sudah bangun, selepas sarapan pagi di rumah penginapan masing2, para anggota telah melawat pasar pagi di tebing sungai Mekong dan seterusnya melawat kampong Melayu di sini. Aktiviti kampung di sini samalah seperti di Malaysia kira2 30 tahun dahulu. Mereka hidup kais pagi untuk pagi dan boleh dikatakan semuanya bekerja sendiri.



Pasar pagi di Kampung Jumnik, di tebing Sungai Mekong

Mengambil kesempatan minum kopi di gerai yang terdapat di pasar pagi

Menanti tangkapan ikan hasil dari Sg Mekong

Selesai lawatan, acara kebudayaan bersama penduduk dilaksanakan dan turut dihadiri oleh Timbalan Gabenor serta Mufti wilayah Kampong Cham. Pelbagai persembahan dari kedua2 pihak termasuk persembahan nyasid dari kanak2 di kampong ini.

Masjid Kg Jumnik


Persembahan kebudayaan dari konvoi JWJ2

Mari belajar tulisan jawi

Selesai persembahan dan sumbangan kemanusiaan termasuk zakat oleh pegawai Lembaga Zakat Selangor, kesemua hadirin bersama makan tengah hari berlauk gulai daging hasil sembelihan pagi tadi.


Sumbangan dari wakil Lembaga Zakat Selangor

Sumbangan akhbar tulisan jawi dari Utusan Melayu

Sumbangan baju dari Kelab Putera 1 Malaysia

Gambar bersama

Berebut mendapatkan pamplet pelancongan Malaysia

Asyik melihat reporter Utusan menyiapkan berita

Seterusnya konvoi bergerak menuju ke Phnom Penh. Konvoi telah dipandu arah oleh kenderaan seorang ustaz agar konvoi memalui jalan pintas ke Phnom Penh, melalui jalan kampung dan dusun agar dapat singgah sebentar di sebuah pusat pengajian agama di kampung Cermin sebelum masuk kembali ke jalanraya bertar ke bandar Phnom Penh.

Doa Selamat dibaca oleh Pengarah konvoi

Sumbangan akhbar Utusan Melayu dan Pelancongan Malaysia

Sumbangan kewangan oleh anggota konvoi

Di sekolah agama tersebut, konvoi sempat melaksanakan majlis doa selamat atas kesejahteraan perjalanan konvoi JWJ2 dan agar anak-anak murid di pusat pengajian tersebut bakal menjadi anak-anak Melayu yang berjasa kepada bangsa khususnya di Cambodia.

PHNOM PENH


Konvoi tiba di hotel di tengah-tengah bandar agak lewat setelah berhempas pulas dengan kesesakan kenderaan di bandar Phnom Penh ini. Laluan yang cukup sesak dengan pengguna jalan raya tanpa mematuhi undang serta isyarat lampu jalan, maka pemandu kenderaan konvoi terpaksa pandai-pandai mencelah untuk memastikan konvoi tidak terpisah dan sampai ke hotel New York untuk bermalam. Semua anggota selamat tiba dan makan malam telah disediakan di restoran Melayu D’Wau yang terletak di lobi hotel.


2hb Jun 2011, Khamis – Seawal pagi lagi anggota konvoi sudah keluar dengan menaiki ‘tut tut’ sejumlah 10 buah untuk melawat sebuah mesjid yang bernama Mesjid Saad ibni Waqas yang terletak di tengah bandar.

Menaiki Tut-Tut ke masjid


Bergambar di masjid bersama imam

Setelah bersiar selama sejam, konvoi membuat lawatan ke kedutaan Malaysia di Phnom Penh atas kunjungan hormat dan di sini konvoi di sambut oleh kedutaan kita serta semua pegawainya.

Bergambar bersama Duta Besar Malaysia di Phnom Penh

Selepas majlis ramah mesra dan jamuan pagi di kedutaan, konvoi terus bergerak ke sempadan Vietnam melalui pintu masuk Tinh Bien/Chau Doc kira-kira 150 km dari bandar Phnom Penh. Lagi sekali konvoi terpaksa mengharungi laluan yang cukup sesak.


Mengisi borang-borang untuk melepasi sempadan Tinh Bien/Chau Doc

[kisah menarik tersiar di Utusan Malaysia :
Jejaki sejarah Melayu di Kemboja, Islam di Kemboja semakin subur khusus masyarakat Melayu Champa dan Pengalaman di Kemboja menginsafkan]

[ponpakya melapor]

3 comments:

  1. Replies
    1. Asslamualaikum....
      saya hanya sebagai perantara untuk menyampaikan tentang angka togel dan pesugihan, bisa menyelesaikan permasalahan hidup anda.
      Permasalahan akan tuntas dengan ilmu gaib yang kasat mata.
      Ritual adalah jalannya ilmu gaib menuju kesuksesan
      Kami hanya menginpormasikan buat Semuanya bagi yg mengalami kesulitan apapun itu jika menurut Anda itu sulit diselesaikan
      Anda bisa Konsultasi atau minta bantuan kepada orang yg saya temui kemarin yg sangat bisa di percaya yaitu Atas nama Mbah Wirang,
      Beliaulah kemarin yg telah membantu Saya dan keluarga terlepas dari Masalah yg menurut kami begitu Sulit untuk di selesaikan bersama yaitu masalah Hutang sama tetangga dan Rentenir kurang lebih 327 Juta, mungkin bagi orang yg mampu hutang segitu tidak lah sulit namun bagi kami itu malah sebaliknya…
      Beliau kemarin membantu kami dengan 2 cara permainan togel dan pesugihan,,,
      Sayapun mengadukan Nasib saya di permainan Togel singapur kemarin alhamdulillah Ternyata hasilnya tdk mengecewakan, kami menang banyak di 3 putaran Kami bersyukur dgn hasil tersebut dan akhirnyapun kami lepas dari hutang piutang yg ada,,,
      Serta kami punya modal besar untuk usaha warung kami,,,kami mengucapkan banyak terimah kasi Atas jasa Mbah Wirang kepada kami sekeluarga karna Tanpa bantuannya mungkin kami belum bisa
      Seperti sekarang,,,,,
      Dan Info bagi anda yg butuh bantuan Mbah Wirang silahkan telpon di 082346667564 / +6282346667564 insya allah mbah siap membantu anda, tapi mbah bukan munafik, mbah tidak menerima imbalan/sogokan dalam bentuk apapun, kecuali MAHAR yang sudah dijelaskan, karna Mahar tersebut mbah gunakan buat keperluan RITUAL tidak dan harus disiapkan, dibayar sebelum RITUAL

      UNTUK ANDA YANG INGIN MENGETAHUI CARA BERGABUNG JADI ANGGOTA MEMBER MBAH WIRANG SILAHKAN KUNJUNGI ; http://prediksinomortogelhariini.blogspot.com SEKIAN DAN TERIMA KASIH.

      Delete
  2. sekiranya kerajaan kemboja memutuskan untuk membuka free trade zone pengilangan bagi tujuan menyediakan peluang pekerjaan....mampukah anak2 muda kampong cham ni terbabit dalam sektor pengilangan berteknologi tinggi? atau baik sahaja pelabur malaysia melabur dalam kelapa sawit...?

    ReplyDelete