TACHILEIK
14 hb Jun 2011. Selasa - Konvoi tiba di pintu sempadan Mae Sai, Thailand kira-kira jam 3.30 petang dan harus menyeberangi ke Tachileik, Myanmar hanya dengan berjalan kaki kerana pekan tersebut terletak bersebelahan pintu sempadan.
Konvoi akan berada di pekan Myanmar ini sekadar beberapa jam sahaja dan memang dari awal lagi perancangan ke Myanmar sebegitu kerana negara ini merupakan satu-satunya negara yang tidak membenarkan langsung kenderaan negara asing memasuki negara mereka.
Kenderaan konvoi terpaksa diletakkan di sebelah sempadan Thai dan anggota konvoi harus bergerak dengan berjalan kaki. Tambahan pula pintu masuk ke Tachileik ini mengenakan syarat meninggalkan posport di pos imigrsen mereka dan membawa pas masuk sempadan sementara yang dikeluarkan oleh mereka dengan bayaran RM50.00.
Ini kemungkinan kerana pihak Myanmar tidak mengizinkan rakyat negara asing untuk melepasi ke China melalui Tachileik yang berjarak kurang dari 100 km sahaja.
Anggota konvoi tidak melenggahkan masa, terus berjalan kaki kira-kira 15 minit untuk melawat masjid Nur Islam dan beramah mesra dengan iman mesjid tersebut iaitu ustaz Amanullah Jamalludin.
Semasa konvoi tiba tadi kedengaran beberapa kanak2 bermain di bawah perkarangan mesjid, ini mungkin kerana di kawasan ini sukar mendapatkan kawasan untuk kanak-kanak bermain. Anggota konvoi sempat bemesra dengan mereka.
Selesai sahaja urusan di masjid, konvoi sempat melawat ke pasar di pekan Tachileik sebelum keluar dari Myanmar pada jam 6.00 petang.
Konvoi hanya berada sebentar di negara Myanmar akan tetapi telah memenuhi hasrat seperti yang dirancangkan terlebih awal. Seterusnya konvoi akan kembali semula ke Thailand meneruskan ke lokasi selanjutnya sebelum pulang ke Malaysia dalam jangka masa beberapa hari sahaja.
[berita menarik di Utusan : Myanmar negara terakhir dilawati JWJ2]
[ponpakya melapur]
No comments:
Post a Comment